Thursday, 13 June 2019

Upcoming Event

Pesta Natal 2019

Sempena merayakan Natal tahun ini, ajk Natal sudah merancang pelbagai aktiviti yang sangat menarik.

Semua dijemput pulang ke kampung tahun ini.

Thursday, 25 April 2019

Long Tebangan Tourism Spot

Long Tebangan Tourism spot

Kampung Long Tebangan ialah sebuah kampung yang berada di kawasan ulu pedalaman negeri Sarawak. Ia terletak lebih spesifik di ulu sungai Akah , Baram.

Terletak jauh dipedalaman dan hanya dapat dihubungi melalui jalan darat ( 4x4) atau air. Terdapat sekitar 50 buah pintu rumah panjang yang didiami oleh suku Kayan sepenuhnya.

Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 6-7 jam ( menggunakan kenderaan pacuan 4 roda ) dari Bandaraya Miri Sarawak.

Keadaan geografi menyebabkan kampung Long Tebangan ini memiliki pelbagai tempat menarik khususnya mengenai flora dan fauna serta sungai dan hutan yang sangat menarik dan pastinya akan menguji adrenalin pengunjung yang datang ke sana.

Sungai akah

Rumah panjang


Bagi yang meminati tempat yang mencabar ataupun menikmati kehidupan dirumah panjang orang ulu , anda boleh datang ke sini. Pasti anda akan mengalami satu pengalaman yang sangat berbeza seumur hidup. 

Pelbagai aktiviti dan tempat menarik boleh dilakukan disini seperti 'fish casting' , 4x4 expedition , boat rafting , jungle tracking dan banyak lagi.

Persembahan kebudayaan

Piknik

Bato' Ung Kapen


Menjala

Ikan semah panggang segar

Senja petang

Kolam handmade 😁

Hari- hari makan ikan


Sekiranya anda berminat boleh hubungi saya di talian 019-937 1504 ( watsap / mr. Sinau ).